Skip to main content

Malaysia

Agong berangkat menyaksikan F1 GP Bahrain di SIC

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026. -Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026. -Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama pemimpin Malaysia, Bahrain dan Brunei menghadiri perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Sepang.
  • Perlumbaan F1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang selepas sembilan tahun, dengan kehadiran hampir 100,000 penonton dan pertunjukan lintas udara.
  • Kepulangan F1 ke Malaysia hasil kerjasama kerajaan Malaysia, Bahrain dan FIA selepas perlumbaan Bahrain dibatalkan akibat ketegangan geopolitik Asia Barat.

SEPANG: Penganjuran semula Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun hari ini mendapat perhatian istimewa apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026, bersama-sama pemimpin tertinggi Malaysia, Bahrain dan Brunei.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira 2.15 petang disambut oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Yang turut berangkat menyaksikan perlumbaan itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama dengan Putera Abdul Mateen Bolkiah, yang disambut oleh Anwar pada kira-kira 2.35 petang.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin serta Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berangkat menyaksikan perlumbaan yang menandakan kembalinya deruman jentera F1 ke Sepang selepas kali terakhir pada 2017.

Permulaan perlumbaan yang dijadualkan pada 3 petang itu, dilewatkan sedikit kerana hujan lebat selepas nyanyian Negaraku dan lagu kebangsaan Bahrain dimainkan.

Acara berkenaan dijangka menarik hampir 100,000 penonton, yang turut diserikan dengan pertunjukan lintas udara fly-past pesawat Gulf Air sebelum perlumbaan dimulakan.

Juara dunia empat kali daripada Red Bull Racing Max Verstappen akan memulakan perlumbaan 56 pusingan itu dari petak pertama, diikuti juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton daripada Ferrari dan pendahulu kejuaraan musim ini, Kimi Antonelli daripada Mercedes-AMG Petronas.

Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Kepulangan F1 ke Malaysia susulan perbincangan dan kerjasama melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, selain kedua-dua kerajaan bagi mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah Formula Satu (F1) akan kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)? 
    A: Formula Satu (F1) akan kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026, dari 2 hingga 4 Oktober.
  • Q: Siapakah pemimpin utama yang hadir menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang? 
    A: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Putera Abdul Mateen Bolkiah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa hadir menyaksikan perlumbaan tersebut.
  • Q: Apakah sebab F1 kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun? 
    A: Kepulangan F1 ke Malaysia adalah hasil perbincangan dan kerjasama antara Yang di-Pertuan Agong, Raja Bahrain, serta kedua-dua kerajaan untuk mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan itu dibatalkan awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.
  • Q: Berapakah jumlah penonton yang dijangka hadir ke acara F1 di Sepang? 
    A: Acara F1 di Sepang dijangka menarik hampir 100,000 penonton.
  • Q: Siapakah pelumba utama yang akan memulakan perlumbaan dari petak hadapan? 
    A: Max Verstappen dari Red Bull Racing akan memulakan perlumbaan dari petak pertama, diikuti Lewis Hamilton dari Ferrari dan Kimi Antonelli dari Mercedes-AMG Petronas.

Product Recommendation Section Title

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Must Watch Video

Advertisement