awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan lawat DSA, NATSEC Asia 2022

Bernama
Bernama
28/03/2022
11:23 MYT
Agong berkenan lawat DSA, NATSEC Asia 2022
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, serta perwakilan luar negara.
Al Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira dua jam, dengan melawat pusat pameran syarikat-syarikat pertahanan dari pelbagai negara, termasuk Deftech DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd, Mildef International Technologies dan Turkish Aerospace.
Dalam lawatan itu, baginda turut berkenaan menamakan sebuah prototaip kenderaan berperisai 'Rentaka' yang diilhamkan dari nama sebuah meriam Melayu lama.
Kenderaan seberat lebih 8,000 kilogram yang dihasilkan sepenuhnya syarikat tempatan, Mildef itu mampu digunakan bagi menyuraikan rusuhan selain berperanan sebagai kenderaan orang kenamaan ketika kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan