MALAYSIA
Agong berkenan pandu uji ETS dari Kuala Lumpur ke Rawang

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu tren ETS dari Kuala Lumpur ke Rawang dan menerima taklimat pemanduan daripada jurukapten KTMB. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu tren ETS dari Kuala Lumpur ke Rawang dan menerima taklimat pemanduan daripada jurukapten KTMB.
- Baginda diiringi pegawai kanan KTMB dan Kementerian Pengangkutan dalam perjalanan selama sejam itu, menunjukkan komitmen terhadap pengangkutan awam negara.
- Sultan Ibrahim sebelum ini diiktiraf sebagai Sultan pertama memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi dan pernah memandu tren sejauh 391.3 km semasa KMJ 2010.
Turut bersama dalam sesi taklimat ialah Ketua Kawalan Operasi KTMB Sadun Abdullah dan Inspektor Lokomotif Kamal Asmawi.
Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pemanduan selama sejam itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani serta Ketua Pegawai Teknikal merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Ahmad Nizam Mohamed Amin.
Sultan Ibrahim sebelum ini mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada 2010 dan pernah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010).
Seri Paduka Baginda memperoleh lesen memandu kereta api serta melakukan prosedur turn table bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan, sekali gus diiktiraf sebagai sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami