Skip to main content

Malaysia

Agong berkenan tunai zakat RM10 juta

https://www.facebook.com/photo?fbid=1493656812118935&set=pcb.1493656868785596 --FB/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi, di sini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini. 

Advertisement

Menerusi hantaran berkenaan, turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi, di sini.

Penyerahan disaksikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md Ali.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video