awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LG perkenal LG CLOiD, robot pintar bantu tugasan rumah di CES 2026
Penerbangan Malaysia Airlines berpatah balik ke Paris susulan anomali petunjuk enjin
Kementerian Ekonomi fokus JS-SEZ, beri perhatian serius impak konflik Venezuela-AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi

Bernama
Bernama
07/01/2026
05:15 MYT
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad yang dilantik menjawat jawatan itu pada 16 Dis.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong menerima Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Istana Bukit Tunku.
  • Pertemuan melibatkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi.
  • Seri Paduka Baginda menekankan pentingnya integriti dan kepentingan rakyat dalam pelaksanaan perancangan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berlangsung di Istana Bukit Tunku di sini dan Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Hadir sama pada sesi itu ialah Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam rombakan kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang di-Pertuan Agong terima mengadap hari ini? A: Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
  • Q: Apa yang dibincangkan dalam pertemuan di Istana Bukit Tunku? A: Pertemuan melibatkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda dalam pertemuan tersebut? A: Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#noraini ahmad
#Menteri Perladangan dan Komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan