KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2021 menyaksikan Zamrose mendahului senarai 210 penerima pingat pada istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini.
Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 31 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (56 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (67 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (53 penerima).
Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan ATM.
Istiadat DKAT tahun ini diadakan setelah kali terakhir berlangsung pada 2019 dan tidak dapat diadakan pada 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara.
Istiadat hari ini dilaksanakan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti dan protokol penganjuran sesuatu majlis rasmi bagi mengekang penularan COVID-19.
Turut hadir ke istiadat itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang (dua, kiri) selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2021 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.