awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia surat cara pelantikan dua hakim

Bernama
Bernama
03/02/2022
05:31 MYT
Agong kurnia surat cara pelantikan dua hakim
Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.
Selain itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan kepada Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mohamad Zabidin sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 Nov 2018.
Mohd Nazlan pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 10 April 2015 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Hakim Mahkamah Persekutuan
#Hakim Mahkamah Rayua
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan