awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara

Bernama
Bernama
20/03/2024
07:47 MYT
Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan Kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan Malaysia ke luar negara, pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan di Istana Negara, hari ini.
Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Kemboja Shaharuddin Onn dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria Aiyub Omar.
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima penyerahan watikah pelantikan ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Filipina Maria Angela Abrera Ponce, Duta Besar Uzbekistan Karomidin Gadoev, Duta Besar Iran Valiollah Mohammadi Nasrabadi dan Duta Besar Bosnia and Herzegovina Dr Edin Jahic.
Selain itu Pesuruhjaya Tinggi Australia Danielle Heinecke, Duta Amerika Syarikat Edgard D. Kagan, Pesuruhjaya Tinggi Tanzania Dr Mahadhi Juma Maalimm, Duta Besar Kyrgyzstan Anvar Anarbaev dan Duta Besar Colombia Alejandro Rosselli Londono.
Turut sama menyerahkan watikah Duta Besar Denmark Sten Frimodt Nielsen dan Duta Besar Sudan Selatan Monday Semaya Kenneth Kumba.
Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#watikah pelantikan
#perwakilan Malaysia ke luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan