awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam

Bernama
Bernama
04/06/2020
21:55 MYT
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali di Istana Negara, 4 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.
Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.
Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Selepas istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Sempena Pelantikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di dewan santapan.
Mohd Ali, 70, yang merupakan anak jati Bukit Katil, pernah berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Ali Rustam
#Istana Negara
#Melaka
#Mohd Ali Mohd Rustam
#Mohd Khalil Yaakob
#pelantikan
#Tuan Yang Terutama
#TYT
#watikah
#Yang di-Pertua Negeri Melaka
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan