awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Bomba guna helikopter hantar makanan ke pos Orang Asli terputus hubungan di Gua Musang
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong mahu RMK13 fokus kesejahteraan rakyat

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2026
06:37 MYT
Agong mahu RMK13 fokus kesejahteraan rakyat
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.
Bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri, dan masa hadapan negara.
"Tahun ini adalah merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13. Saya mahu Rancangan ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat terutama dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam," titah baginda.
Baginda bertitah demikian di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Isnin.
Baginda turut bertitah mengucapkan tahniah atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun lalu dan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke‑47 di Kuala Lumpur.
"Syabas juga saya ucapkan walaupun dunia menghadapi pelbagai cabaran namun Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun lalu dengan kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta kemiskinan tegar berada pada paras 0.09 peritus," titah baginda lagi.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sultan Ibrahim
#Sidang Parlimen
#Yang di-Pertuan Agong
#RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan