awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong mahu YSIJ pergiat usaha bantu rakyat

Bernama
Bernama
05/08/2024
08:10 MYT
Agong mahu YSIJ pergiat usaha bantu rakyat
YSIJ meneruskan sumbangan bakul makanan kepada 150 keluarga di Mukim Pulai yang disampaikan Mohd Anizam. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mempergiatkan usaha membantu rakyat yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian berkata Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan agar tiada rakyat yang tertinggal dalam menerima bantuan yayasan itu.
"Oleh itu, kami sentiasa memberikan bantuan melibatkan pelbagai kelompok masyarakat termasuk Komuniti Orang Asli.
"Malah, YSIJ sebelum ini telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada keluarga memerlukan di Melaka," katanya menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut catatan tersebut YSIJ telah menyampaikan sebanyak 11,254 bakul makanan kepada golongan memerlukan di pelbagai daerah termasuk masyarakat Orang Asli sejak awal tahun sehingga Ogos.
"Rakyat daripada pelbagai kaum, penempatan dan lapisan masyarakat menerima manfaat bantuan dalam meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup," menurut catatan itu.
Hari ini, YSIJ meneruskan sumbangan bakul makanan kepada 150 keluarga di Mukim Pulai yang disampaikan Mohd Anizam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Yayasan Sultan Ibrahim Johor
#YSIJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan