MALAYSIA
Agong perkenan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon

Johari memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025, yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 3 Feb hingga 25 Mac lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Akta itu digubal bagi mengadakan peruntukan perkara yang berkaitan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida dan mengurangkan kesan perubahan iklim, selain memangkinkan pembangunan industri berkenaan sebagai suatu sumber baharu bagi pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, Johari turut mengalu-alukan kehadiran peserta Program Sekolah Parlimen sesi 2025 terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekolah dari Perlis."Program ini merupakan satu daripada inisiatif Parlimen dalam memberikan pendedahan berkenaan sistem demokrasi berparlimen negara ini serta menggilap daya kepimpinan mereka yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami