PEKAN:Keceriaan jelas terpancar di raut wajah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Kampung Serambi, Pekan hari ini sejurus menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah turut kelihatan menyantuni penduduk kampung berkenaan dengan bertanya khabar.
Lebih istimewa Seri Paduka Berdua turut meluangkan masa menemani penduduk berkenaan menikmati juadah tengah hari di pusat pemindahan yang menempatkan kira-kira 100 mangsa banjir itu.
Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada penduduk yang terjejas bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir.
Selain Kampung Serambi, baginda turut menyantuni mangsa banjir di Kampung Tanjong Medang, Kampung Acheh, Kampung Temai, Kampung Padang Rumbia, Kampung Pulau Rumput dan Kampung Paloh Hinai.
Sementara itu, Robiani Bakar,56, berkata kunjungan baginda sekeluarga menghilangkan rasa sedihnya yang kematian anak akibat kanser esofagus dua tahun lalu.
"Selepas kematian anak sulung saya, hari-hari tanpa gagal saya mesti ziarah kubur arwah, sampai menghidap pelbagai penyakit sehingga saya strok.
"Alhamdulillah, lega dan hilang rasa sedih, baginda berdua amat baik dan pesan supaya saya jaga kesihatan...saya amat tersentuh dan terharu, memang saya tak jangka baginda akan duduk dan berborak di meja kami," katanya kepada Bernama.
Bagi Nur Aniza Md Jan,35, harapan beliau untuk bertemu baginda akhirnya menjadi kenyataan apabila dapat bersemuka dengan keluarga diraja itu secara nyata serta terharu dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah.
"Macam tak percaya selalu saya tengok baginda berdua di Facebook dan media sosial lain tapi hari ini ada depan mata saya, baginda sempat bertanya usia kandungan saya sekarang dan pesan supaya jaga diri dan anak baik-baik," katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pada bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menaiki bot melawat mangsa banjir di sebuah PPS di Pekan hari ini. - Foto BERNAMA

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Husain Awang positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
![AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/41737573811611407585380/1886935_899168311611407913889_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar dakwa 114 ahli parlimen tolak darurat - MUBARAK gesa tukar Presiden UMNO - Bekalan darah hanya mampu bertahan lima hari #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia

Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun
Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri pada Sabtu.

AWANI Ringkas: PKP: Jangan 'kitar semula' surat kebenaran | PKPD di tiga lokasi ditamatkan

Agenda AWANI Asia: Lonjakan Digitalisasi Reset Sektor Pendidikan
Sektor perkhidmatan kekal jadi penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi di sebalik impak COVID-19? Namun berdepan cabaran semasa, bagaimana sektor ini mampu meneroka potensi pasaran baharu serantau melalui adaptasi digital dan inovasi?

PKP: Bekalan darah di Terengganu hanya cukup untuk seminggu lagi
Ketua Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata pola pendermaan darah di negeri itu menunjukkan penurunan sejak seminggu yang lalu.

Mahkamah | Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkamah Sivil
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ditukarkan dari mahkamah jenayah ke Mahkamah Sivil. Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya pada Jumaat.

COVID-19 | Kes baharu dan sembuh paling tinggi
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Politik | Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Azwan Ali under probe for allegedly mocking emergency proclamation - Bukit Aman
Police are investigating a video clip of famous personality Azwan Ali allegedly mocking the Proclamation of Emergency by the Yang di-Pertuan Agong.

Perlekeh darurat: Bukit Aman sahkan panggil Azwan Ali untuk bantu siasatan
Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru baru ini.

Anwar beri bayangan kesediaan Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang bekerjasama
Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia bekerjasama membentuk pentadbiran lebih stabil.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Tubuh jawatankuasa khas bagi menggantikan sidang Parlimen - Prof Shamrahayu
Tiada sebarang keperluan untuk mengadakan sidang parlimen khas sekiranya matlamatnya adalah untuk proses semak dan imbang berkaitan tindakan kerajaan.

COVID-19: Petugas barisan hadapan, jangan putus harapan - YDP Agong
Seri Paduka Baginda memahami cabaran besar yang diharungi dan amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan golongan ini demi membendung wabak COVID-19.