KUALA LUMPUR: Aksi bersahaja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda, menarik perhatian ramai.
Pasangan diraja itu turut sama berdiri menyanyikan lagu Setia bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sama-sama menggerakkan tangan sambil menyanyi selain Raja Permaisuri yang sememangnya terkenal dengan keperibadian mesra rakyat dan sering merakam pelbagai momen di telefon bimbitnya, tidak melepaskan peluang berbuat demikian pada istiadat yang berlangsung dengan meriah itu.
Gelagat spontan Tunku Azizah yang merakam perjalanan istiadat itu turut menjadi tumpuan lensa kamera media.
Pada satu ketika, istiadat itu turut diselubungi suasana hiba apabila dendangan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Sarjan Siti Nur Ain Jasmi dan Laskar Udara 1 Abdullah Rosli bertajuk Daulat Tuanku menyentuh emosi Tunku Azizah, yang beberapa kali dilihat mengesat air mata.
Sajak itu yang menceritakan kepimpinan baginda dan cabaran yang dihadapi negara semasa lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah, selain menggambarkan keperibadian baginda berdua yang terserlah mesra rakyat jelas menyentuh emosi, sehingga Tunku Azizah menitiskan air mata.
Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi di sini.
Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Jan 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melambai ke arah pengamal media selepas Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi semalam. - Foto BERNAMA
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.
Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Istiadat keberangkatan balik yang tidak dapat dilupakan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 har
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.
Jemaah Menteri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan sentiasa dikenang sebagai raja yang berjiwa rakyat dan ketua negara yang komited menyelesaikan segala cabaran dihadapi negara.
Al-Sultan Abdullah catat lembaran sejarah baharu, unik - PM
Pemerintahan Seri Paduka Baginda yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat.