awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga pengasas Pertiwi Soup Kitchen

Bernama
Bernama
08/09/2023
06:28 MYT
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga pengasas Pertiwi Soup Kitchen
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. -Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pengasas Pertiwi Soup Kitchen Datuk Munirah Abdul Hamid, yang meninggal dunia pada 4 Sept.
Turut menzahirkan ucapan takziah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Menurut catatan itu, Munirah, 73, cukup dikenali kerana aktif berkecimpung sebagai pekerja sosial sejak berusia 17 tahun dalam menyelami masalah hidup golongan gelandangan.
Sepanjang lebih 50 tahun dalam kerja-kerja amal, Allahyarham banyak menyumbang kepada masyarakat, terutama untuk kebaikan wanita dan kanak-kanak dalam pendidikan.
Pertiwi Soup Kitchen yang diasaskan pada 2010 menjadi landasan kepada Allahyarham untuk mendekati golongan sasaran dengan mengedarkan makanan kepada golongan kurang bernasib baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Pertiwi Soup Kitchen
#Munirah Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan