PORT DICKSON:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris veteran perang dunia kedua Prebet Ujang Mormin yang meninggal dunia semalam.
Ucapan Seri Paduka berdua itu disampaikan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dalam sidang media selepas upacara pengebumian yang turut dihadiri cucu saudara Allahyarham Ujang, Lailawati Jamil, 59.
Zamrose berkata ucapan takziah Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi surat yang diutuskan kepada waris Allahyarham melalui pegawai pengiring Baginda.
"Seri Paduka Baginda turut berkenan memberi sumbangan ampun kurnia kepada waris Allahyarham," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Panglima Tentera Darat itu turut menyampaikan ucapan takziah oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia.
BACA: Veteran ATM, Ujang Mormin meninggal dunia
Terdahulu, jenazah Allahyarham Ujang, 100, selamat dikebumikan di Pusara RAMD di sini, pada kira-kira pukul 2.20 petang tadi dalam suasana norma baharu yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Upacara pengebumian yang berlangsung ringkas dengan diselubungi suasana pilu dalam kalangan waris dan anggota tentera turut memberi penghormatan terakhir.
"Disebabkan COVID-19 ini, kita terpaksa melaksanakan acara pengebumian secara norma baharu. Bagaimanapun Tentera Darat masih mengambil inisiatif melaksanakan pengebumian untuk menghargai sumbangan Allahyarham sepanjang berkhidmat dalam Tentera Darat," kata Zamrose.
Beliau berkata Tentera Darat melalui Yayasan RAMD, Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran Malaysia dan Kelab Pegawai RAMD turut menyerahkan sumbangan kepada waris Allahyarham.
Sementara itu, Lailawati menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat dalam menguruskan pengebumian datuk saudaranya itu.
Allahyarham Ujang yang berasal dari Kampung Kundur, Rembau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat COVID-19 pada pukul 5.05 petang semalam selepas dikesan positif pada 26 Jan lepas.
Allahyarham Ujang pernah bersama-sama wira perang Allahyarham Lt. Adnan Saidi ketika Pertempuran Pasir Panjang di Singapura menentang tentera Jepun pada 1942 semasa Perang Dunia Kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada waris yang merupakan cucu saudara Allahyarham Veteran Perang Dunia Kedua Prebet Ujang Mormin, 100. - Foto BERNAMA
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah
Seri Paduka Baginda bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.
Agong gemar utus kad raya, lebih unik dan sangat klasik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-217
Sultan Ibrahim zahir penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor: PM merafak sembah tahniah kepada Agong
Perdana Menteri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
"Perpaduan rakyat hadiah paling bermakna" - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah perpaduan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat baginda sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur
Sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan beras tersebut.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan Malaysia ke luar negara, hari ini.