awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adun Melor

Bernama
Bernama
30/04/2021
09:11 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adun Melor
Md Yusnan, 53, yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan sejak 2013 menghembuskan nafas terakhir pada 2.28 pagi di kediamannya di Melor.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Md Yusnan Yusof berikutan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor itu akibat serangan jantung pagi tadi.
Ucapan sama turut dizahirkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham bersabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan ADUN Kelantan kepada masyarakat dan negara.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Seri Paduka Baginda berdua dalam kenyataan itu.
BACA: ADUN Melor Md Yusnan Yusof meninggal dunia
Md Yusnan, 53, yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan sejak 2013 menghembuskan nafas terakhir pada 2.28 pagi di kediamannya di Melor.
Sebelum dipilih sebagai ADUN Melor sejak 2013, Allahyarham merupakan bekas pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational , Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Maghribi.
Belasungkawa | Jenazah ADUN Melor selamat dikebumikan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#ADUN Melor
#Md Yusnan Yusof
#Raja Permaisuri Agong
#meninggal dunia
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan