awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mohd Khalil

Bernama
Bernama
18/08/2022
09:17 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mohd Khalil
Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob atas pemergian isterinya Toh Puan Zurina Kassim hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.
"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," menurut catatan itu.
BACA: Isteri bekas TYT Melaka, Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia
Menurut catatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menzahirkan ucapan takziah secara peribadi menerusi panggilan telefon dari Ankara, Turkiye kepada Mohd Khalil sejurus mendapat perkhabaran duka itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Tun Mohd Khalil Yaakob
#Toh Puan Zurina Kassim
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan