awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan adinda

Bernama
Bernama
05/07/2023
08:21 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan adinda
Almarhumah merupakan adinda kepada Sultan Mizan mangkat pada 4.52 pagi semalam di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. -Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Tengku Norhana Fatihah Almarhum Sultan Mahmud semalam.
Almarhumah merupakan adinda kepada Sultan Mizan mangkat pada 4.52 pagi semalam di Hospital Gleneagles, di sini.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh," menurut hantaran itu.
Jenazah Tengku Norhana Fatihah disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah semalam dan Sultan Mizan menitahkan tempoh berkabung selama tiga hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Tengku Norhana Fatihah Almarhum Sultan Mahmud
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan