awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda

Bernama
Bernama
03/08/2023
09:05 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhumah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, hari ini.
Almarhumah merupakan bonda kepada Sultan Mizan mangkat pada 3.17 pagi tadi di Kuala Lumpur.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhumah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Jenazah Almarhumah akan disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah hari ini dan Sultan Mizan menitahkan tempoh berkabung selama lima hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#ucapan takziah
#kemangkatan bonda
#Sultan Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan