awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat

Bernama
Bernama
25/01/2024
13:32 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat
Keberangkatan Seri Paduka yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna oren disambut anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Surau Utama Istana Negara di sini malam ini.
Keberangkatan Seri Paduka yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna oren disambut anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, paduka anakanda Seri Paduka serta kerabat Diraja Pahang.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menter Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Majlis sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil serta doa selamat yang dipimpin Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disusuli solat Maghrib secara berjemaah.
Seri Paduka akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari ini.
Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari tahun yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat Maghrib
#doa selamat
#Istana Negara
#tamat pemerintahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan