awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
28/01/2024
10:45 MYT
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Hajiji berkata rakyat Sabah akan mengingati keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang terkenal dengan sifat merendah diri ketika menyantuni rakyat.- Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata rakyat Sabah akan mengingati keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang terkenal dengan sifat merendah diri ketika menyantuni rakyat seperti yang terserlah semasa lawatan bersejarah keluarga diraja itu sempena Kembara Kenali Borneo pada September lepas yang telah menjadikan pasangan diraja itu bertakhta di hati rakyat Sabah.
"Seri Paduka Baginda sentiasa prihatin ketika menyantuni rakyat yang dalam kesusahan," kata Hajiji dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini selepas menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
Hajiji berkata bagi pihak kerajaan Sabah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas khidmat bakti baginda kepada negara dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasangan diraja serta keluarga baginda.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa (30 Jan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Hajiji Noor
#Kembara Kenali Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan