awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Bernama
Bernama
30/05/2025
02:50 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kepelbagaian budaya rakyat Malaysia terserlah menerusi sambutan perayaan tersebut.
"Sambutan ini bukan sahaja merupakan tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat agar sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan, selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran itu.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak jatuh pada Sabtu dan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Kaamatan
#Yang di-Pertuan Agong
#Hari Gawai
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami