awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain ragbi kebangsaan

Bernama
Bernama
10/04/2022
09:53 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain ragbi kebangsaan
Allahyarham Hisham merupakan pemain ragbi kebangsaan pada era 70-an dan 80-an, pernah dipilih mewakili negara pada kejohanan Asian Rugby Football Union (ARFU) dan Sukan Sea 1979 di Jakarta, Indonesia.- Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pemain ragbi kebangsaan Hisham Abdul Rahman, yang meninggal dunia semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Hisham dan turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat sukan ragbi kebangsaan.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," demikian menurut catatan itu.
Hisham, 72, yang merupakan pemain ragbi kebangsaan pada era 70-an dan 80-an, pernah dipilih mewakili negara pada kejohanan Asian Rugby Football Union (ARFU) dan Sukan Sea 1979 di Jakarta, Indonesia.
Allahyarham yang berasal dari Johor merupakan pengasas Kelab Ragbi Anchorman dan antara individu yang terlibat dalam penubuhan Kuala Lumpur Rugby Union (KLRU).
Selain itu, Allahyarham juga merupakan rakyat Malaysia pertama dipilih menyertai Majlis Eksekutif Ragbi Asia selama dua tahun, bermula pada 2011.
Sebagai Ahli Majlis Eksekutif Ragbi Asia, Hisham memainkan peranan penting dalam membawa penganjuran Kejohanan Ragbi Asia 15 sebelah ke negara ini yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#pemain ragbi
#Hisham Abdul Rahman
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan