awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara ke Arab Saudi, Bahrain

Bernama
Bernama
09/11/2025
05:45 MYT
Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara ke Arab Saudi, Bahrain
Berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. - Gambar/ IG @officialsultanibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini, selepas mengadakan lawatan negara selama enam hari ke Arab Saudi dan Bahrain bermula 3 Nov lepas.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.30 pagi tadi.
Berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail
Sebaik tiba, Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Statik Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli serta barisan Jumaah Majlis Diraja Johor dan barisan Exco.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berangkat pulang dari Bahrain pada Sabtu dengan pesawat khas dari Lounge Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, Muharraq pada 8 malam (1 pagi waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Arab Saudi
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan