awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima menghadap Komander Tentera Darat UAE di Abu Dhabi

Bernama
Bernama
08/12/2022
03:30 MYT
Agong terima menghadap Komander Tentera Darat UAE di Abu Dhabi
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi, semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini, catatan itu memaklumkan dalam sesi menghadap serta perbincangan bermula pada 11 pagi waktu tempatan itu, Seri Paduka dan Mejar Jeneral Saeed menyentuh berkenaan kerjasama dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan UAE berdasarkan kepentingan kedua-dua negara.
"Sesi tersebut adalah antara aktiviti Seri Paduka dalam rangka lawatan khas ke Abu Dhabi selama empat hari yang berakhir semalam, atas persilaan peribadi Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan," menurut hantaran itu.
Dalam catatan yang sama, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat tiba di tanah air, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Komander Tentera Darat UAE
#Saeed Rashid Al Shehhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan