awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima menghadap Speaker Turkiye Mustafa Sentop

Bernama
Bernama
05/10/2022
05:39 MYT
Agong terima menghadap Speaker Turkiye Mustafa Sentop
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara, di sini hari ini.
Sentop bersama delegasinya tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi, disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Turut hadir Duta Turkiye di Malaysia Emir Salim Yuksel; Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
Sesi sembah menghadap yang berlangsung hampir setengah jam itu adalah sebahagian daripada program sempena lawatan rasmi Sentop ke Malaysia selama tiga bermula Isnin.
Terdahulu, Sentop serta delegasinya mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Gombak.
Sentop dijadualkan berlepas pulang petang ini.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Speaker Parlimen Turkiye
#Mustafa Sentop
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan