awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN

Bernama
Bernama
12/11/2024
08:52 MYT
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berucap pada Majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) Tahun 2024 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan sama sekali tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata titah itu disampaikan kepada beliau ketika diterima menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini.
"Pagi tadi saya diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong. Baginda bertitah bahawa ahli politik datang dan pergi, Yang di-Pertuan Agong pun datang dan pergi, tetapi pegawai kerajaan tetap ada dalam kerajaan.
"Jadi jalankan kerja dengan penuh integriti. Ini titah baginda kepada saya," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) 2024 bertemakan 'Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni' di sini.
Berkongsi inti pati amanat sulung beliau pada 10 Sept lepas, Shamsul Azri mengajak semua anggota perkhidmatan awam untuk bersama-sama menjiwai nilai MALAYSIA iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif.
Beliau berkata setiap penjawat awam bukan hanya perlu berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran tetapi juga memiliki pemahaman mendalam tentang peraturan, prosedur, undang-undang serta kemahiran praktikal untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dan efisien bagi memanifestasikan agenda Malaysia MADANI demi pembangunan negara.
Mengenai prestasi Projek Pembangunan Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beliau berkata 65.82 peratus atau RM59.24 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM90 bilion melibatkan 8,719 projek telah direkodkan setakat 4 Nov lepas.
"Dalam hal ini, semua kementerian hendaklah terus berusaha keras bagi memastikan peruntukan pembangunan dapat dibelanjakan secara optimum serta melonjakkan prestasi perbelanjaan melebihi 95 peratus untuk RP4," katanya.
Untuk tujuan itu, beliau mahu ketua setiausaha di semua kementerian untuk melaksanakan pendekatan tegas dan mesti bersifat pembaharuan terhadap pelaksanaan program atau projek pembangunan.
"Hal ini adalah supaya pembangunan negara yang lebih mampan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat," katanya.
Selain kecekapan pengurusan program atau projek, Shamsul Azri mahu keutamaan pelaksanaan diberikan kepada program atau projek awam demi mencapai keberhasilan terbaik kepada rakyat.
"Penilaian keberkesanan dan keberhasilan program atau projek perlu terus dibudayakan supaya dapat memberi gambaran rasional tentang manfaatnya kepada kumpulan sasar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#penjawat awam
#ketua setiausaha negara
#integriti
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan