NATIONAL
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden AFC Saud Abdulaziz

Menurut laporan berita antarabangsa, Saud Abdulaziz, 66, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Qatar dan ahli Majlis FIFA meninggal dunia Selasa lepas. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Saud Abdulaziz al-Mohannadi yang meninggal dunia baru-baru ini.
Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan kepada insan tersayang dan keluarga Allahyarham agar sabar, tabah dan cekal dalam suasana sedih dan pilu ini.
"Pemergiannya ialah satu kehilangan besar kepada komuniti bola sepak Qatar dan Asia," menurut hantaran itu.
Seri Paduka Baginda juga mendoakan agar roh Allahyarham Saud Abdulaziz dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Menurut laporan berita antarabangsa, Saud Abdulaziz, 66, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Qatar dan ahli Majlis FIFA meninggal dunia Selasa lepas (10 Jan).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami