awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AgongKita: Agong titah kerajaan terus berusaha ringankan beban rakyat

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
20/07/2024
03:49 MYT
#AgongKita: Agong titah kerajaan terus berusaha ringankan beban rakyat
Sultan Ibrahim turut berharap agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan bersatu padu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan terus berusaha meringankan beban rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.
Menerusi titah baginda sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini, baginda turut berharap agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan bersatu padu.
Baginda terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih kepada dif-dif kehormat termasuk Raja-Raja Melayu, Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua raja-raja Melayu yang memberi kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.
"Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, dengan jujur dan ikhlas.
"Saya juga akan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara," titah baginda.
Terdahulu, Sultan Ibrahim yang mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan, ketika pasangan diraja itu melangkah untuk bersemayam di atas Singgahsana.
Seri Paduka Baginda turut mengenakan tengkolok yang masih mengekalkan seni lipatan Tengkolok Diraja "Dendam Tak Sudah" seperti yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
Istiadat pertabalan dihadiri 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara itu turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen negara oleh pelbagai agensi media.
Baginda meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#titah diraja
#ringan beban rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan