awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahad diumum cuti khas peristiwa di Johor selepas JDT muncul juara Piala AFC

Bernama
Bernama
31/10/2015
15:19 MYT
Ahad diumum cuti khas peristiwa di Johor selepas JDT muncul juara Piala AFC
Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 membantu skuad Harimau Selatan mengalahkan juara bertahan Liga Tajikistan, FC Istiklol 1-0 pada aksi final. - Gambar fail
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa di seluruh negeri itu berikutan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pengumuman cuti khas itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, pada Sabtu malam.
Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 membantu skuad Harimau Selatan mengalahkan juara bertahan Liga Tajikistan, FC Istiklol 1-0 pada aksi final di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan.
Untuk rekod, JDT yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC pernah membuat penampilan sulung dalam kempen Piala AFC pada 2009 namun gagal melepasiperingkat kumpulan.
Topic Berkaitan
#cuti khas
#Istiklol FC
#JDT
#Johor
#Juara
#piala afc
#Tajikistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan