KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen dari Sarawak meminta kerajaan memperhalusi cadangan pindaan berkaitan penambahan jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata Sabah dan Sarawak wajar diberikan satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen agar agihan kuasa dalam Parlimen tidak hanya bergantung kepada satu pihak (Semenanjung) sahaja.
"Komposisi kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak setakat ini hanya meliputi satu daripada empat kerusi, daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat.
"Setakat ini 56 kerusi sahaja bagi kedua-dua negeri ini di dalam Parlimen iaitu Sabah 25 kerusi dan Sarawak (31). Angka ini jauh berbeza dengan semangat yang diwujudkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menekankan konsep co-partner," katanya pada sesi perbahasan hari ini.
Katanya walaupun perkara itu tidak termaktub di dalam MA63 namun kerajaan diharap dapat menyegerakan tindakan memperhalusi cadangan berkenaan.
Selain itu Wilson berkata pelbagai projek pembangunan infrastruktur di Sarawak juga perlu disegerakan terutama bagi kawasan luar bandar dan pedalaman negeri itu, kerana Kalimantan bersebelahan dengan Sarawak dan Sabah sedang dibangunkan sebagai ibu negara baharu Indonesia yang secara tidak langsung membawa limpahan ekonomi kepada dua negeri itu.
Sementara itu menyentuh mengenai kejayaan pindaan Perlembagaan Perseketuan berkaitan MA63, Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) berkata ia jelas sekali untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu (Malaysia) yang termaktub dalam MA63.
"Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia demi memastikan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat negara ini," katanya.
Ahmad berkata pindaan Perkara 6 (3)(a) Perlembagaan Sarawak 2022 yang menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier adalah langkah yang tepat untuk membezakan serta memartabatkan kedaulatan Sarawak sebagai antara wilayah dalam pembentukan Malaysia.
"Adalah tidak logik dan tidak sesuai jika Sarawak masih menggunakan istilah Ketua Menteri seperti negeri Melaka dan Pulau Pinang sedangkan status Sarawak di dalam Perlembangan Persekutuan adalah setara dengan Persekutuan Tanah Melayu," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Ugak berkata, komposisi kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak setakat ini hanya meliputi satu daripada empat kerusi, daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat.
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Lebih RM963 juta telah diagih kepada mangsa bencana dari 2020 hingga 2022
Jumlah keseluruhan pengagihan bantuan kepada mangsa bencana yang layak bagi tempoh 2020 hingga 2022 ialah sebanyak RM963.65 juta.
Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Ahli Parlimen Hulu Rajang syor tambah kerusi Sabah, Sarawak di Parlimen
Seorang Ahli Parlimen dari Sarawak meminta kerajaan memperhalusi cadangan pindaan berkaitan penambahan jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak.
PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
Mobilisasi penghantaran vaksin COVID-19 di Kapit dirancang rapi - Ahli Parlimen Hulu Rajang
Bagi menjayakan proses mobilisasi vaksin ke kawasan pedalaman di daerah Kapit, penjadualan penghantaran diatur berdasarkan kedudukan geografi sesuatu kawasan.
Segerakan pembinaan CIQ Tapak Megah dan Long Singgut, Baleh - Ahli Parlimen Hulu Rajang
Langkah ini perlu dilaksanakan demi mengekang kemasukan PATI serta mengawal barangan bersubsidi diseludup ke negara jiran.