awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Lanang positif COVID-19

Bernama
Bernama
27/05/2021
10:53 MYT
Ahli Parlimen Lanang positif COVID-19
Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng hari ini mengesahkan bahawa beliau didapati positif COVID-19. - Foto Facebook/Alice Lau
SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng hari ini mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19.
Perkara itu didedahkan Lau menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.
"Ujian telah mengesahkan bahawa saya positif COVID-19 pada 25 Mei lepas dan kini saya menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kementerian Kesihatan di Sibu," katanya dan menambah ketika ini beliau dalam keadaan sihat.
Lau berkata anak lelakinya yang merupakan kontak rapat beliau disahkan negatif, namun akan menjalani kuarantin di rumah, dan seterusnya ujian kedua pada hari berikutnya nanti.
Beliau berkata anggota DAP tempatan juga akan mengambil segala langkah yang perlu termasuk membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti dan menghubungi mereka yang pernah berurusan rapat dengan beliau, bagi tujuan siasatan dan ujian sekiranya perlu.
Beliau seterusnya menggesa orang ramai yang pernah berurusan rapat dengan beliau supaya tidak panik, sebaliknya mengambil inisiatif menjalani ujian dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelak penularan virus itu.
Lau turut berkata pusat perkhidmatan beliau akan ditutup ketika ini, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikenakan di Sibu.
"Bagaimanapun pembantu saya yang disahkan bebas dari sebarang jangkitan dan bukan kontak rapat, akan meneruskan perkhidmatan pejabat, apabila diperlukan," katanya.
Menurutnya mereka yang memerlukan bantuan segera pusat perkhidmatannya boleh menghubungi pembantunya Stanley Chiew dengan menelefon 016-8005838.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Lanang
#Alice Lau Kiong Yieng
#positif
#COVID-19
#Pusat Kuarantin Kementerian Kesihatan
#Sibu
#kuarantin
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan