awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun

Bernama
Bernama
06/08/2024
15:50 MYT
Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun
Johari (duduk tiga, kanan) bergambar bersama Datuk Law Choo Kiang (duduk tiga, kiri) serta pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketika melakukan lawatan di DUN Pulau Pinang. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata kehadiran ahli Parlimen jelas dinyatakan dalam undang-undang dan mereka yang tidak hadir selama enam bulan berturut-turut tanpa alasan sah mungkin kehilangan kerusi mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tiada ahli parlimen yang kehilangan kerusi mereka atas sebab berkenaan.
"Namun, saya telah berkali-kali memberi amaran bahawa ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk hadir ke Parlimen. Jadi, saya mencadangkan supaya ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk jangka masa tertentu akan kehilangan elaun mereka.
"Kami hanya menunggu PSA mengeluarkannya, yang mungkin telah mendapat kelulusan Kabinet. Ia mungkin dibentangkan pada penghujung persidangan Dewan Rakyat ketiga," katanya dalam sidang media selepas melawat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Turut hadir Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Seri Law Choo Kiang.
Johari berkata sejak mengambil alih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau telah membawa banyak pembaharuan di parlimen dan akan terus berbuat demikian untuk menambah baik semak dan imbang dalam kerajaan.
Antaranya adalah memperkukuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) serta membenarkan pembentangan dan perbahasan mengenai laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat.
Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau berkata ia merupakan salah satu usaha untuk membantu memperkukuh institusi 'Speaker' dan sebagai persiapan untuk Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024.
Program itu bakal berlangsung pada 11 hingga 14 September di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Ketua Audit Negara
#Parlimen
#memberi amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan