awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri

Bernama
Bernama
08/08/2023
06:19 MYT
Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Lelaki itu didakwa membunuh Azween Noor Alias, di sebuah unit Pangsapuri Sutera Pines, Jalan Sutera Pines di Kajang, antara 8 malam hingga 10.30 malam, pada 22 Julai lalu. - Gambar hiasan
KAJANG: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang berusia 38 tahun, bulan lepas.
Mohamed Imran Mohamed Yunos, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Azween Noor Alias, di sebuah unit Pangsapuri Sutera Pines, Jalan Sutera Pines di sini, antara 8 malam hingga 10.30 malam, pada 22 Julai lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan sebutan kes pada 13 Sept ini untuk serahan dokumen berkaitan kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala peguam P. Gunalan mewakili tertuduh.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dipercayai mangsa kes pukul meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kajang.
Polis menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada seorang jururawat di hospital berkenaan, selepas mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia dengan beberapa kesan lebam dan kecederaan di badan.
Tertuduh cuba bersembunyi daripada pihak polis dengan melarikan diri ke Johor, namun ditahan pada31 Julai lalu ketika bersembunyi di Senai dan polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#didakwa bunuh isteri
#Mahkamah Majistret Kajang
#Mohamed Imran Mohamed Yunos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan