KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran "Datuk Seri" yang tidak diiktiraf.
Mak Hon Leong, 39, didakwa menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah yang tidak diiktiraf kepadanya dalam urusan perniagaan dan persendirian tanpa restu dan kebenaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Sentul di sini pada 9 pagi, 22 Okt 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 yang membawa hukuman denda minimum RM100,000 dan maksimum RM250,000 atau penjara minimum setahun dan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Mak memohon jaminan dikurangkan kerana tujuan jaminan untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
"Anak guam saya hadir ke mahkamah hari ini untuk didakwa dan dia bukan seorang 'flight risk' ," katanya yang turut mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan penjamin adalah isteri tertuduh.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Mak Hon Leong didakwa menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah yang tidak diiktiraf kepadanya. - Foto BERNAMA
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak, tangani cabaran peningkatan populasi menua - Amir Hamzah
Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak (Silver Economy) dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Selangor peruntuk hampir RM2 bilion tangani banjir - MB
Kerajaan Selangor menerima teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang serta situasi banjir kilat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Dakwaan hospital swasta tahan jenazah bayi dua minggu disiasat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta CKAPS telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Wanita didakwa perdaya tawaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'
Seorang wanita yang juga penganggur mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan RM94,850 berhubung tawaran gelaran Datuk Seri, tahun lalu.
Astro AWANI nafi siar berita 'Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik'
Pihak Astro AWANI kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama AWANI untuk menyebarkan artikel tersebut.
Menteri Besar Kedah dikurnia gelaran Datuk Seri
ADUN Jeneri itu dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sindiket tawar jalan pintas peroleh gelaran Datuk Seri, Datuk tumpas
34 individu termasuk dua dalang berusia antara 26 hingga 70 tahun dicekup Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.
Cubaan jual gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' dengan harga RM907,700
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berjumlah RM907,700 bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dan Datuk.
Penganugerahan semula gelaran satu pengiktirafan kepada rakyat Terengganu - Ahmad Razif
Menurut Ahmad Razif beliau bersyukur dan menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.