awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa menipu jual pelitup muka

Bernama
Bernama
20/05/2021
07:37 MYT
Ahli perniagaan didakwa menipu jual pelitup muka
Tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM352,000. - Bernama
SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud.
Tjeong Chan Chin, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.
Tertuduh yang hadir ke mahkamah menggunakan tongkat susulan kecederaan kaki kiri akibat terjatuh dua minggu lepas, didakwa telah memperdaya seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM352,000.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tempua 8, Puchong Jaya antara 28 April hingga 13 Mei 2020 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Julai. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#ahli perniagaan
#penipuan
#jualan pelitup muka
#kes mahkamah
#COVID-19
#pandemik
#penipuan perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan