awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa tipu Datin Seri RM150,000 berhubung pelaburan

Bernama
Bernama
09/09/2022
07:48 MYT
Ahli perniagaan didakwa tipu Datin Seri RM150,000 berhubung pelaburan
Calvin Damian Wong, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
KUALA LUMPUR : Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang Datin Seri berhubung pelaburan dana Islamik membabitkan jumlah RM150,000, lima tahun lepas.
Calvin Damian Wong, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Lelaki itu didakwa menipu Datin Seri Alauyah Jaafar, 58, dengan memperdayakan mangsa dalam pelaburan PIOF (Public Mutual) dengan pulangan tinggi sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM150,000 melalui cek ke akaun syarikat tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di pusat membeli belah di sini pada 7 malam, 25 April 2017 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Ishak menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Okt untuk sebutan semula kes.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#kes penipuan
#ahli perniagaan
#datin seri
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan