awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan rugi RM56,560 ditipu sindiket Macau Scam

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
06/05/2020
05:13 MYT
Ahli perniagaan rugi RM56,560 ditipu sindiket Macau Scam
Seorang ahli perniagaan kerugian RM56,560 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pekerja Pos Laju dan pegawai polis.
Seorang ahli perniagaan terpaksa menanggung kerugian RM56,560 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pekerja Pos Laju dan pegawai polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 25 April lalu apabila mangsa lelaki berusia 48 tahun menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai pekerja Pos Laju.
"Suspek mendakwa mangsa ada menghantar bungkusan ke Sabah yang mengandungi kad pengenalan, lapn keping kad atm dan satu buku cek.
"Namun mangsa menafikan perkara itu dan sebelum suspek meminta mangsa membuat laporan polis di Sabah secara online dalam panggilan telefon," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada 'pegawai polis' sebelum suspek kedua ini mendakwa mangsa juga terbabit dengan penggubahan wang haram.
"Mangsa yang bimbang ditangkap, mengikut arahan 'pegawai polis' itu untuk memindahkan wang simpanannya ke satu akaun diberikan menerusi dua transaksi pada 28 April lalu, kononnya bagi tujuan audit oleh pihak polis.
"Suspek mendakwa audit itu akan mengambil masa seminggu dan wang akan dipulangkan. Sehingga semalam, ahli perniagaan itu tidak menerima wang berkenaan, selain gagal menghubungi 'pegawai' terbabit," katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kuantan
#mangsa
#penjara
#polis
#pos laju
#siasatan
#sindiket
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan