Ahli politik disaran agar membiasakan diri dengan media sosial untuk berhubung dengan rakyat.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata media sosial mempunyai kelebihan dalam bidang politik untuk meraih sokongan rakyat dan menambah jumlah pengundi mereka.
"Ahli politik yang tidak terlibat dengan media sosial akan mengalami kesukaran untuk mendekati rakyat.
"Penglibatan mereka dengan pengguna internet yang juga bakal pengundi misalnya, akan membawa kesan positif kepada ahli politik," katanya kepada peserta Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Sedunia di sini pada Khamis.
Persidangan itu berlangsung selama lima hari mulai Selasa sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2015.
Beliau berkata rakyat mengharapkan ahli politik berkomunikasi dengan mereka menerusi pelbagai cara seperti datang ke pejabat ahli politik, menerusi telefon, SMS atau media sosial seperti Facebook," katanya bercakap menerusi pengalamannya menjadi calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor pada 2010.
Sementara itu Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda Umno, Ibdillah Ishak berkata ahli politik perlu responsif, menangani isu dengan segera dan spontan, telus dan bersikap semula jadi setiap masa.
"Ahli politik tidak boleh memilih isu. Mereka perlu menangani isu dan menghadapi kritikan. Media sosial berupaya membantu ahli politik mengubah kepada kebaikan," katanya.
Bernama
Fri Apr 24 2015
Ahli politik disaran agar membiasakan diri dengan media sosial bagi berhubung dengan rakyat.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.
COVID-19: Johor akan kaji keperluan turunkan kadar cukai hiburan taman tema
Segala keputusan serta pendekatan berhubung perkara itu akan diambil berdasarkan pakej rangsangan ekonomi.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
'Leher penuh 'love bite'? Zara Zya beri amaran pada blogger tabur fitnah
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak
Kedua-dua mereka turut membawa sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu pada masa yang sama.
Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung dakwaan anak cabul gadis
Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.
Azlan Man nafi bersekongkol dengan Tun Mahathir jatuhkan PM
Menteri Besar Perlis nafi tuduhan dan dakwaan blogger Yusman Zahari mengenai keterlibatannya dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.