Ahli politik seharusnya tidak ‘terjun’ ke arena politik kerana wang namun sebaliknya mereka seharusnya hidup bersama orang lain sebagai satu masyarakat.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pendekatan tersebut seharusnya diterapkan oleh setiap ahli politik dari kedua-dua parti, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
“Jika anda sekadar mahu memperoleh ribuan ringgit, saya berpendapat anda tidak sepatutnya terlibat dengan politik. Kekal sahajalah sebagai ahli korporat. Sebagai ahli politik, kita seharusnya hidup sederhana seperti rakyat biasa malah lebih rapat dengan masyarakat. Jika tidak, kita semuanya sama sahaja dengan para menteri yang hidupnya kaya raya,” kata Rafizi dalam satu forum yang berlangsung Khamis.
Rafizi mengkritik dengan memberi contoh mengenai kenaikan gaji oleh kerajaan negeri Selangor sehingga 300 peratus.
“Apa yang diperdebatkan dengan kenaikan gaji ini adakah ianya akan menggembirakan Menteri Besar yang menjadi pemimpin kepada lima juta penduduk dan ternyata saya tidak bersetuju,” kata Ahli Parlimen Pandan.
Selain itu juga, Rafizi juga menggesa satu pindaan dilakukan keatas Akta Saingan Adil 2010 dimana menurutnya meminggirkan sektor penting seperti utiliti, elektrik dan telekomunikasi.
“Apa yang tinggal menerusi Akta ini hanyalah perniagaan kecil yang tidak langsung berdepan isu monopoli. Undang-undang anti monopoli seharusnya memecahkan tembok monopoli dan tidak membenarkan ianya meneruskan perniagaan mereka,” katanya lagi.
Manakala, rakan panelis dalam forum tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed pula berpendapat kenaikan harga semasa adalah sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh kerajaan.
Namun, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan sekarang ini adalah menghalangnya dari terus mengalami kenaikan yang drastik.
“Kerajaan telah menahan kenaikan ini sudah sekian lama dan apa yang mampu dilakukan oleh mereka adalah memastikannya kenaikan ini tidak berterusan berlaku,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi anggota panel, pakar ekonomi, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin menyarankan agar peranan koperasi dan persatuan pengguna diperkukuhkan bagi mengimbangi kenaikan harga barangan.
Menurutnya, insitusi-institusi ini memainkan peranan yang penting bagi mengimbangi inflasi di negara-negara maju ketika ini.
Astro Awani
Fri Jan 10 2014
Rafizi Ramli - Gambar Fail
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.