Jangkitan virus mengambil masa untuk pulih, begitu juga 'penyakit' perbalahan dan meneka warna gambar baju #TheDress yang masih lagi viral di media sosial.
Teka-teki warna baju yang viral di media sosial dengan hashtag The Dress terus trending buat hari ketiga hari ini.
Pada hari ketiga, seorang ahli fizik, Dr. Paul Coxon ditanya mengenai kenapa setengah orang melihat ia sebagai warna biru hitam manakala ada juga nampak putih emas.
Dalam nada menyindir, Coxon menerusi akaun Twitter-nya menyatakan ini mungkin pertama kali seorang ahli fizik diperlukan untuk memberi pandangannya dalam bidang fesyen.
Di laman web Mashable, lima orang memberi pandangan mereka mengikut kepakaran masing-masing, kenapa ada yang melihat baju itu dengan warna yang berbeza?
Seorang saintis neuro, Bevil Conway menyatakan apa yang berlaku ialah sistem penglihatan seseorang tidak menitik berat pada warna tertentu.
Saintis penglihatan, Bart Anderson dari Universiti Sydney menyatakan seseorang mungkin mempunyai anggaran yang berbeza dalam keseimbangan warna.
Manakala seorang lagi saintis penglihatan menyatakan perbezaan terjadi kerana gambar pada pakaian itu diterangi.
Apapun, penjelasan oleh penyunting gambar dan pakar grafik lebih mudah untuk difahami.
Menurut seorang penyunting gambar, kecerahan pada foto baju ini terlampau tinggi.
Tweet yang popular adalah daripada artis reka letak 3D Disney Animation, Tyler Kupferer.
Baginya, otak menggunakan objek yang biasa dilihat untuk menentukan ruang warna namun foto yang dikongsi itu tidak mempunyainya.
Jelasnya lagi, dalam gambar itu tiada manusia, kad penentukuran warna atau objek yang biasa dilihat dalam gambar itu, menyebabkan kita tidak mempunyai cara untuk mengetahui cahaya yang membayangi objek itu.
Topik #TheDress di media sosial menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti seperti Taylor Swift dan Kim Kardashian.
Warga Awani turut berbalah mengenai warna baju itu di bilik berita.
Ada pihak yang dapat melihat warna sebenar baju itu manakala ada yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.
Undian di laman web Astro Awani turut mendapati majoriti pembaca berpendapat ia berwarna putih dan emas.
Gambar itu dikatakan dimuatnaik oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.
Ian Johan Ariff
Sat Feb 28 2015
The Dress trending buat hari ketiga berturut-turut.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ahli sains pula memberi penjelasan mengenai fenomena #TheDress
Selepas selebriti, ahli sains pula dikerah menjelaskan perbezaan warna yang dilihat oleh orang ramai pada foto sehelai baju.
Warna sebenar baju #TheDress adalah...
Warna #TheDress yang trending di Twitter di seluruh dunia didedahkan pemilik baju itu.
UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
Laman media sosial hari ini kecoh kerana sehelai baju kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk selebriti.