awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli sekutu Jho Low, Eric Tan diperintah bayar cukai pendapatan RM68 juta kepada kerajaan

Bernama
Bernama
04/05/2021
07:08 MYT
Ahli sekutu Jho Low, Eric Tan diperintah bayar cukai pendapatan RM68 juta kepada kerajaan
Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 kepada Kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui LHDN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 kepada Kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Farah Shuhada Ramli semasa pengurusan kes di hadapannya.
Berdasarkan semakan dalam sistem mahkamah (e-filing), Tan juga diperintah membayar faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi dan kos sebanyak RM2,000 kepada kerajaan selaku plaintif.
Menurut perakuan ketidakhadiran difailkan LHDN pada 6 April 2021, suatu afidavit penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan bertarikh 15 Jan lepas kepada Tan telah diserahkan secara penyampaian ganti melalui pengiklanan di akhbar Berita Harian pada 30 Mac 2021 dan penampalan di premis beralamat di Taman Pusat Kepong di sini, pada 29 Mac 2021.
"Maka dengan ini diperakui bahawa tiada kehadiran telah dimasukkan untuk Tan," menurut perakuan kehadiran itu.
Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 15 Jan lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tan, 43, sebagai defendan menuntutnya membayar tunggakan cukai berjumlah RM67,996,891.87 bagi tahun taksiran 2010 hingga 2013.
Topic Berkaitan
#Jho Low
#LHDN
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#saman
#writ saman
#Mahkamah Tinggi
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan