awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan kongsi petua #TambahPendapatan

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/01/2016
09:45 MYT
Ahmad Maslan kongsi petua #TambahPendapatan
Melalui hashtag itu, Ahmad turut berkongsi bahawa beliau tahu menoreh getah kerana ibu bapa beliau juga merupakan penoreh. - Foto fail
TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menyampaikan beberapa petua untuk menambah pendapatan bagi menghadapi tahun 2016.
Melalui akaun Twitter, beliau menggunakan hashtag #TambahPendapatan untuk berkongsi petua tersebut.
BACA: #2Kerja: 'Lakukan dua kerja bukan sesuatu yang luar biasa' - Ahmad Maslan
BACA: 'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan
Melalui akronim ‘PKPK’ iaitu Pendidikan, Kemahiran, Produktiviti, dan Keusahawanan, Ahmad menyeru rakyat agar memulakan usaha menambah pendapatan dalam jangka masa panjang dan pendek.
Beliau turut mengingatkan para pekerja awam dan swasta yang ingin terlibat dengan perniagaan atas talian agar mematuhi peraturan sedia ada.
Ketua Penerangan UMNO itu turut berpesan agar rakyat mencari rezeki yang halal.
(1) #TambahPendapatan 2016 ini dgn formula PKPK; Pendidikan, Kemahiran, Produktiviti, Keusahawanan. Mulakan usaha jangka pendek & panjang.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) January 2, 2016
(2) #TambahPendapatan dgn kerja sedia ada + niaga atas talian kpd yg minat waktu mlm & hujung minggu.Ikuti peraturan kpd yg dgn Kjaan/swasta
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) January 2, 2016
(3) #TambahPendapatan cari rezeki yg halal. 9/10 punca kekayaan drpd sumber perniagaan, pesan Nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) January 2, 2016
Melalui hashtag itu, Ahmad turut berkongsi bahawa beliau tahu menoreh getah kerana ibu bapa beliau juga merupakan penoreh.
#TambahPendapatan penoreh. Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah & saya tahu menoreh. pic.twitter.com/CJzk4W97TD
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) January 2, 2016
Topic Berkaitan
##2kerja
##tambahpendapatan
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan