awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj

Bernama
Bernama
26/01/2025
14:15 MYT
Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H.
Beliau berkata peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan hikmah solat sebagai tiang agama.
"Ia adalah peringatan untuk kita memperkukuh hubungan dengan Allah serta menjadikan solat sebagai asas dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua dapat menghayati pengajaran daripada peristiwa agung ini dan terus istiqamah dalam meningkatkan keimanan serta ketakwaan.
"Salam Israk Mikraj 1446H saya ucapkan buat seluruh umat Islam di Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini sempena peristiwa itu yang disambut setiap 27 Rejab.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah mukjizat agung yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula berharap agar peristiwa Israk dan Mikraj dapat menjadikan umat Islam lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim sejati, berlandaskan al-Quran dan sunah.
Beliau turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama muhasabah diri dalam usaha mencari keredaan Allah, sekali gus menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang mampu memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan ummah dan negara.
"Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik yang patut kita ikuti sepanjang zaman. Jadikanlah perjuangan baginda sebagai penanda aras dalam usaha memperbaiki diri dan menjadi lebih bertakwa serta wasatiyah.
"Bersama-sama kita mengambil ibrah peristiwa Israk dan Mikraj dalam menjadikan kita insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawi," katanya menerusi hantaran di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israk dan Mikraj
#Umat Islam
#Ahmad Zahid Hamidi
#kesejahteraan ummah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan