awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
Mengapa Trump mahu Greenland dan apakah kesannya terhadap NATO?
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid, Fadillah sifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2025 luar biasa

Bernama
Bernama
31/08/2025
03:10 MYT
Ahmad Zahid, Fadillah sifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2025 luar biasa
Anggota dari Unit Khas Johor Military Force (JMF) yang bertugas pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya di sini hari ini disifatkan oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai berjaya dan luar biasa, sekali gus mengangkat semangat rakyat untuk bersatu padu.
Bercakap kepada pemberita selepas sambutan itu, Ahmad Zahid mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan memuji penganjuran kali ini yang menurutnya amat menarik.
"Semoga penyatuan seluruh rakyat Malaysia akan (terus) tercapai dan kita ketepikan perbezaan dalam kalangan kita," katanya.
Fadillah yang turut senada, memuji setiap persembahan dipamerkan semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kali ini.
"Persembahan yang begitu baik mengangkat semangat (bersama). Yang penting ialah untuk memastikan negara Malaysia terus bersatu, mencipta kemakmuran untuk kesejahteraan rakyat semua," katanya.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", sambutan yang bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi itu dihadiri lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur, selain turut menarik kehadiran pelancong asing.
Sebanyak 81 kontinjen melibatkan 14,062 peserta mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2025, yang turut menampilkan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara, serta 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2025
#Berjaya
#luar biasa
#Malaysia MADANI Rakyat Disantuni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan