awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid hadiri mesyuarat Kabinet, bicara kes di Mahkamah Tinggi tangguh

Bernama
Bernama
02/08/2023
04:28 MYT
Ahmad Zahid hadiri mesyuarat Kabinet, bicara kes di Mahkamah Tinggi tangguh
Ahmad Zahid diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan kerana Timbalan Perdana Menteri itu menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya mengemukakan permohonan kepada hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah untuk menangguhkan perbicaraan pada pagi ini.
"Kami telah memohon penangguhan pagi ini kerana Datuk Seri (Ahmad Zahid) perlu menghadiri mesyuarat Kabinet. Mahkamah membenarkan dan kes bersambung esok," kata Hisyam.
Saksi pembelaan ketujuh iaitu bekas Setiausaha Eksekutif kepada Ahmad Zahid, Datuk Rosiah Osman sepatutnya menyambung keterangannya pada prosiding hari ini.
Ahmad Zahid, 70, diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.
Beliau selesai memberi keterangan pada 30 Ogos tahun lepas setelah 17 hari membela diri secara bersumpah dari tempat saksi dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.
Perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung pada 10 April lepas hingga Julai, bagaimanapun ditangguhkan berikutan Ahmad Zahid mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan.
Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes itu pada Ogos iaitu 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24.
Semalam, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi yang dikemukakan Ahmad Zahid belum diputuskan kerana AGC masih menunggu hasil siasatan lanjut daripada Pasukan Petugas Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti baharu yang dikemukakan pihak pembelaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes rasuah
#Yayasan Akalbudi
#mesyuarat Kabinet
#perbicaraan ditangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan