KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menuding jari kepada bekas Setiausaha Eksekutifnya Mej Mazlina Mazlan @ Ramly berhubung pembayaran kad kredit peribadinya menggunakan cek Yayasan Akalbudi hanya untuk melepaskan tengkuk sendiri.
Ahmad Zahid, 69, juga menafikan bahawa keterangannya di mahkamah yang menyatakan beliau tidak mengetahui Mazlina membuat pembayaran kad kredit mengunakan cek yayasan itu adalah satu pembohongan.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran pada prosiding membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Raja Rozela: Saya katakan bahawa Datuk Seri tidak beritahu satu perkataan pun (untuk menafikan) kepada pegawai perakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa kenyataan direkodkan kerana Datuk Seri sendiri yang membenarkan Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly (bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid) menggunakan cek YAB untuk membayar kad kredit itu.
Ahmad Zahid: Tidak setuju.
Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangan Raja Rozela bahawa beliau mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan kepada SPRM dan menafikan pembabitannya dalam pembayaran kad kredit peribadinya.
Raja Rozela: Tidak mengapa, saya katakan sama ada cek asal atau imej ditunjukkan kepada Datuk Seri, ia tidak menghalang untuk Datuk Seri memberikan penjelasan kepada SPRM.
Ahmad Zahid: Saya mohon beri penjelasan, saya berada dalam keadaan dures kerana kenyataan itu diambil sehingga 10 malam. Jadi apabila menandatangani kenyataan (SPRM) itu, saya tidak sedar cek hanya menggunakan cop, jadi saya tandatangan (keterangan SPRM) sahaja.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga tidak bersetuju dengan pendakwaan bahawa keterangannya di mahkamah adalah palsu kerana tidak sama dengan keterangan yang diberikannya kepada SPRM.
Raja Rozela: Ini adalah keterangan Datuk Seri (keterangan SPRM), jadi adakah Datuk Seri menyatakan keterangan itu tidak benar?
Ahmad Zahid: Yang Arif, apabila anda dalam keadaan dures dan kenyataan disediakan, apa pilihan yang anda ada?
Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi, Ahmad Zahid menegaskan bahawa keputusan YAB untuk membuat pelaburan RM10 juta dalam syarikat Armada Holdings Sdn Bhd tidak direkodkan dalam resolusi yayasan disebabkan kesilapan setiausaha syarikat.
Ahmad Zahid berkata sebelum resolusi berhubung pelaburan itu disediakan, beliau mengadakan perbincangan dengan dua pemegang amanah yayasan yang diasaskannya itu mengenai pelaburan berkenaan.
Raja Rozela: Kalau betul bagai dikata, RM10 juta itu adalah pelaburan, mengapa tiada sebarang perjanjian hitam putih antara YAB dan Armada Holdings?
Ahmad Zahid: Tiada, cuma persetujuan lisan.
Saksi itu bersetuju dengan Raja Rozela bahawa RM10 juta itu bukan jumlah yang sedikit dan tujuan asal penubuhan YAB adalah untuk membantu golongan asnaf dan miskin.
Raja Rozela: Tetapi Datuk Seri buat keputusan untuk labur RM10 juta kepada Armada Holdings yang bukan tergolong dalam golongan miskin.
Ahmad Zahid: Benar, Armada Holdings bukanlah asnaf. Tetapi ia (RM10 juta yang diberikan kepada Armada Holdings) adalah satu bentuk pelaburan yang akan mendapat pulangan pelaburan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 4 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Ahmad Zahid juga menafikan bahawa keterangannya di mahkamah yang menyatakan beliau tidak mengetahui Mazlina membuat pembayaran kad kredit mengunakan cek yayasan itu adalah satu pembohongan. - Gambar fail/BERNAMA
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Afidavit Presiden UMNO: Pemuda UMNO Kota Raja desak MKT nyatakan pendirian
Pemuda UMNO bahagian Kota Raja mendesak MKT parti segera membuat satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan membuat sat.u pendirian berkenaan isu afidavit tambahan yang diikrar Ahmad Zahid hari ini.
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
Zahid Hamidi 'saksi kritikal', sokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Jangan lupa keselamatan diri, keluarga dalam keterujaan sambut Aidilfitri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Aidilfitri, untuk menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga.
Anwar, Zahid ucap takziah kepada keluarga Jaafar Onn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penghibur tanah air Jaafar Onn yang meninggal dunia hari ini.
Kerajaan setuju tingkat kecekapan makmal patologi, peruntuk RM230 juta
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan kapasiti makmal patologi bagi menguji dadah dengan perun
Satu kes kematian akibat strok haba di Pahang - Zahid
Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun.