KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.
"Janji kita, sebelum mereka (mangsa banjir di pusat pemindahan sementara) pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dahulu (wang ihsan)," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai status pemasangan pam di kawasan Parlimen Rantau Panjang bagi menyelesaikan masalah banjir dan status pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir yang masih belum diterima mereka.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, koordinasi telah dilakukan dengan pihak jawatankuasa bencana peringkat daerah.
"Mungkin mereka belum dapat lagi (peruntukan), kita akan pantau. Arahan ini telah kita lakukan kerana kita telah kenal pasti keluarga mana, kawasan mana yang dijangka banjir ataupun selalu banjir, maka peruntukan itu telah 'diletakkan' di tempat-tempat berkenaan," katanya.
Ahmad Zahid berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM68 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu.
Menjawab mengenai pemasangan pam berkuasa tinggi yang telah diluluskan peruntukannya bagi mengatasi banjir termenung di Kelantan, Ahmad Zahid berkata, ia dalam proses pembelian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai koordinasi kerajaan bagi memastikan tiada mangsa yang ketinggalan daripada mendapat bantuan bencana banjir, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak lagi boleh bekerja secara silo untuk menghadapi situasi banjir.
Beliau berkata, kerajaan melalui NADMA sentiasa memastikan bantuan kepada mangsa banjir diberikan seawal mungkin tanpa mengira pentadbiran kerajaan negeri.
"Tetapi prasangka sering dilemparkan kepada NADMA dalam soal bantuan banjir, ketepikan soal warna politik yang berbeza, demi rakyat, demi kawasan luar bandar yang sering terkesan akibat banjir," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata pihaknya telah mengenal pasti sekolah di kawasan terlibat banjir bagi pembinaan dewan kekal untuk digunakan sebagai pusat pemindahan sementara. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir. - Gambar BERNAMA
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.