Skip to main content

Malaysia

Ahmad Zahid rakam penghargaan buat wira TLDM sempena ulang tahun ke-92

Di sebalik lautan yang luas, berdirinya wira-wira negara yang sentiasa siap siaga menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan tanah air. Dedikasi, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh warga TLDM sentiasa menjadi kebanggaan kita semua.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam menjaga keamanan perairan negara. - Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam menjaga keamanan perairan negara.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-92 TLDM hari ini, beliau menyifatkan pasukan keselamatan itu sebagai wira negara yang sentiasa siap siaga mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan tanah air.

Advertisement

Ahmad Zahid berkata dedikasi, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap anggota dan pegawai TLDM sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Selamat Ulang Tahun ke-92 saya ucapkan.

“Semoga TLDM terus kekal sebagai angkatan laut yang berwibawa, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video